fbpx

Lelaki putus cinta panjat bumbung, rosakkan rumah jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAF merosakkan jubin bumbung rumah penduduk. - TikTok@ucilgaming526

JAKARTA, Indonesia – Seorang pemuda di bandar Pasuruan, Jawa Timur mengamuk dan merosakkan rumah jirannya kerana kecewa akibat putus cinta, lapor laman berita Tribunnews hari ini. 

Lelaki dikenali sebagai MAF dan berusia 23 tahun itu menyebabkan orang ramai panik. Dia mengamuk selepas ditinggalkan kekasih yang ingin berkahwin dengan orang lain.

Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, MAF dilihat berjalan di sekitar kampung Desa Sumbersuko pada Selasa lalu.

Kemudian terdengar suara seorang lelaki dan wanita menjerit apabila melihat MAF memanjat bumbung rumah seorang penduduk.

Ketika berada di atas bumbung, MAF merosakkan jubin dan melemparnya ke tanah.

“Sebab perempuan dia jadi sedemikian. Nasib baik aku tak jadi macam ni dulu,” kata kapsyen pada video tersebut. 

Penduduk kampung akhirnya berjaya memujuk MAF untuk turun sebelum dia ditahan polis tempatan. 

Akibat perbuatannya, empat buah rumah penduduk dilaporkan mengalami kerosakan pada bumbung, genting dan siling. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`