fbpx
Perlawanan bola sepak amal Mekdi All Star Kick off antara Mekdi All Star dan Malaysia All Star di Stadium Merdeka, di sini hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

Malaysia All Stars ungguli perlawanan amal di Stadium Merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pasukan Malaysia All Stars menceriakan ribuan penyokong apabila melakar kemenangan 4-2 ke atas Mekdi All Stars dalam perlawanan amal yang dianjurkan Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia di Stadium Merdeka, sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad Malaysia All Stars dibarisi ramai bekas pemain profesional seperti Razman Roslan, Indra Putra Mahayuddin, Farizal Marlias, Norshahrul Idlan Talaha selain bintang semasa seperti Safawi Rasid dan Wan Zack Haikal.

Malaysia All Stars tampil lebih tajam di hadapan gol apabila berjaya meledak empat jaringan menerusi penyudah Razman, Safawi, Norshahrul dan Indra yang yang tidak mempunyai masalah untuk mencetak nama selaku penjaring..

Sementara itu, Mekdi All Stars yang dibarisi pelakon terkenal tanah air pula meraih jaringan menerusi Amir Ahnaf dan Meerqeen dalam aksi yang berlangsung dalam tempoh 40 minit.

Lebih menarik, lebih RM46,000 dapat dikutip sepanjang perlawanan itu berlangsung sekali gus membuktikan bahawa sukan mampu menjadi medium berkesan dalam menjayakan agenda kebajikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN