JAKARTA – Pengguna media sosial terkejut apabila sebuah bangunan dua tingkat yang disangka rumah mewah di Banjarnegara, wilayah Jawa Tengah rupa-rupanya dijadikan kandang biri-biri, lapor portal berita Lambe Turah.
Dikenali sebagai ‘kandang biri-biri sultan’, bangunan itu terletak di daerah Batur.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @afdholabadi menunjukkan kawanan biri-biri sedang berehat di dalam kandang masing-masing yang terletak di tingkat satu.
Lebih menarik, setiap kandang memiliki lantai serta dinding mozek.
Menurut pemilik haiwan itu, dia sengaja membina kandang seperti rumah untuk keselesaan dan kesihatan biri-biri ternakannya.
Rakaman itu mencatatkan lebih 13,600 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Hidup mereka lagi selesa dari saya,” kata seorang netizen. – AGENSI














