fbpx
KEROSAKAN pada bumbung SK Lubuk Buntar di Serdang, Bandar Baharu hari ini. - Foto APM KEDAH

Lima rumah kedai, SK Lubuk Buntar terjejas ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR BAHARU – Sebanyak lima rumah kedai dan sebuah sekolah di Pekan Lubuk Buntar, Serdang di sini terjejas dalam kejadian ribut, petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, kejadian angin kencang dan hujan lebat berlaku di sekitar kawasan pekan itu kira-kira pukul 3.30 petang.

“Kejadian tersebut mengakibatkan kerosakan pada rumah kedai seperti bumbung tercabut dan kerosakan lain. Selain itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Buntar juga terjejas akibat kejadian ribut itu,” katanya di sini, hari ini.

Susulan itu, satu pasukan pemantauan dikerahkan ke lokasi kejadian pada pukul 7.57 malam bagi mendapatkan maklumat berkaitan kerosakan yang berlaku.

“Setakat ini kerosakan melibatkan lima rumah kedai dan juga SK Lubuk Buntar. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan,” ujarnya.

Tambahnya, anggota polis dan wakil pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri turut turun ke lokasi kejadian.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan penduduk di Pekan Lubuk Buntar cemas apabila bumbung rumah kedai di kawasan itu melayang dalam pusaran angin petang tadi.

Satu video yang memaparkan puluhan kepingan zink berterbangan di udara ketika hujan lebat tular di media sosial.

Terdapat juga video yang menunjukkan bumbung berselerak di atas jalan raya termasuk menimpa kenderaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN