fbpx

Tiga wanita seksi menari dangdut depan surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga wanita menari mengikut alunan muzik dangdut di hadapan sebuah surau di Limajang baru-baru ini. - Foto Instagram

JAKARTA  – Satu majlis tarian muzik dangdut diadakan di hadapan sebuah surau di Limajang, wilayah Jawa Timur baru-baru ini, lapor portal berita Prohaba hari ini.

Ia kemudian tular di media sosial selepas kandungan tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram @terangcom semalam.

Rakaman video memaparkan beratus-ratus orang berkumpul di halaman sebuah surau dan berjoget sambil diiringi alunan muzik dangdut.

Terdapat tiga wanita yang masing-masing memakai seluar pendek dan skirt mini turut  menari mengikut alunan muzik tersebut.

Tiada penduduk tempatan yang memprotes, manakala tujuan majlis itu diadakan juga tidak diketahui. Bagaimanapun,  seorang lelaki yang memakai pakaian berseragam tentera Indonesia kelihatan sibuk mengagihkan air mineral kepada orang ramai. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI