fbpx

Berang digelar dukun palsu, pengamal paranormal bunuh pasangan suami isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sriwanto (dalam bulatan) disyaki membunuh satu pasangan suami isteri di Kapuas, Kalimantan Tengah baru-baru ini. - Foto dok.istimewa

JAKARTA – Seorang dukun sanggup membunuh sepasang suami isteri kerana mereka menggelarnya sebagai bomoh palsu dalam kejadian di Daerah Timpah, wilayah Kalimantan Tengah, lapor portal berita detiksumut hari ini.

Jenayah itu terbongkar selepas penduduk setempat menemui mayat si suami di dalam sebuah parit pada 10 September lalu, namun mereka tidak mengetahui  identitinya.

“Korban ditemui di dalam parit dan masih belum diketahui identitinya,” kata ketua polis tempatan, Erlan Munaji semalam.

Beberapa hari kemudian, penduduk setempat dikejutkan dengan penemuan mayat wanita pada Selasa lalu dengan mangsa kedua ditemui 500 meter dari lokasi tempat jasad suaminya dijumpai.

“Korban ditemui 500 meter dari jasad pertama di dalam belukar. Identiti mangsa  juga belum diketahui,” kata Erlan.

Hasil siasatan polis, pasangan suami isteri itu disyaki dibunuh oleh seorang bomoh dikenali sebagai Sriwanto Andy Ragil Saputra. Suspek ditangkap juga pada Selasa lalu dan mengaku melakukan pembunuhan kerana tidak tahan disebut sebagai dukun palsu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI