fbpx

Tujuh negara terlibat Eksesais Pacific Partnership 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 150 peserta yang terdiri daripada tentera dan orang awam dari Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Kanada dan Korea Selatan hadir ke Majlis Pembukaan Eks PP23 bertempat di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seramai 800 peserta dari tujuh buah negara terlibat dalam Eksesais Pacific Partnership 2023 (Eks PP23) yang sekali lagi menyaksikan Malaysia dipilih menjadi tuan rumah bermula 5 sehingga 15 September ini.

Eksesais yang berkonsepkan bantuan kemanusiaan Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) itu adalah inisiatif United State Indo-Pacific Command (USINDOPACOM) dan dilaksanakan oleh United State Pacific Fleet (USPACFLT) di sekitar Kuantan.

Antara negara yang terlibat dalam eksesais itu ialah Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Kanada dan Korea Selatan.

Asisten Ketua Staf J1, Markas Angkatan Bersama Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Kepten Jamalul Shafri Mohd Shukor berkata, objektif eksesais pada tahun ini adalah meningkatkan keupayaan dan saling khidmat antara angkatan tentera, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan negara-negara yang terlibat di dalam melaksanakan misi bantuan kemanusiaan HADR.

“Perkongsian Pasific 2023 menandakan satu pagi peristiwa sejarah penting untuk mengukuhkan hubungan antara negara yang menyertai acara ini.

“Majlis ini merupakan lambang kerjamsama kita dan ianya dapat mengukuhkan lagi hubungan mesra sedia ada antara negara yang menyertai acara ini disamping akan memberi manfaat bersama antara negara terlibat di masa akan datang,”katanya pada Majlis Pembukaan Eks PP23 oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Markas Angkatan Bersama (MK AB) di sini hari ini.

Untuk rekod, eksesais ini pertama kali dilaksanakan pada 2006 susulan bencana tsunami yang melanda Acheh, Indonesia pada akhir tahun 2004.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI