fbpx

Nahas Elmina: Hafiz jadi rider selepas berhenti kerja ketika Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMAD HAFIZ telah merantau sejak hampir 10 tahun dan bekerja di dua buah syarikat pembinaan di Kuala Lumpur.

SUNGAI PETANI – Mangsa nahas pesawat ringan di Persiaran Elmina, Shah Alam di Selangor, Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, telah me­rantau ke ibu kota sejak hampir 10 tahun lalu untuk belajar dan mencari rezeki.

Menurut adik arwah, Noorhidayah, 30, abangnya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Katanya, Muhamad Hafiz pernah bekerja dalam bidang berkaitan dengan jurusan pengajiannya itu di dua buah syarikat pembinaan di Kuala Lumpur sebaik sahaja menamatkan pengajian pada Oktober 2016.

“Setahu saya abang pernah bekerja sebagai penolong pe­ngurus pembinaan di Kuala Lumpur sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja pada Mac 2020 kerana mahu mencari pekerjaan baharu.

“Arwah berkerja sebagai penghantar makanan sementara menanti tawaran pekerjaan baharu, namun hasrat tersebut tergendala disebabkan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” jelasnya.

Katanya, disebabkan kesukaran mendapatkan pekerjaan baharu dalam tempoh PKP dan selepas PKP, maka arwah abangnya mengambil keputusan untuk bekerja sebagai penghantar makanan sepenuh masa sehingga dijemput Ilahi pada Khamis lalu.

Noorhidayah berkata, arwah abangnya seorang yang sangat positif dan tidak pernah meru­ngut atau bercerita mengenai kesusahan yang dialaminya ketika berjauhan dengan keluarga.

“Dia jarang bercerita mengenai masalah atau cabaran me­rantau di negeri orang kerana tidak mahu kami sekeluarga bimbang,” ujarnya.

Allahyarham Muhamad Hafiz yang juga anak sulung daripada lima beradik itu adalah pekerja p-hailing yang kebetulan melalui lokasi kejadian dan menjadi antara 10 mangsa yang maut.

Allahyarham juga sepatutnya pulang ke kampung halamannya di Taman Sidam Kiri, di sini semalam bagi membantu membuat persiapan majlis perkahwinan Noorhidayah yang dija­dualkan berlangsung pada Sabtu ini.

Noorhidayah berkata, setelah berbincang dengan ahli keluarga, mereka sepakat untuk mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana bersekali dengan kenduri tahlil buat arwah pada hari tersebut memandangkan semua persiapan telah dilakukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI