fbpx

PRN: BN, PH mampu menang besar di Selangor – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid beramah mesra dengan peniaga pasar malam di Pekan Ijok, Kuala Selangor, petang ini.

KUALA SELANGOR – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) diyakini mampu memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor dengan majoriti lebih besar pada 12 Ogos ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata, beliau turut yakin bahawa Kerajaan Perpaduan di negeri akan terus dipertahankan manakala bantuan dan kerjasama daripada BN semestinya membantu PH kekal mentadbir Selangor.

“Saya jangka kita bukan sekadar mempertahankan kerusi namun mampu melebihi daripada kedudukan kerajaan Selangor terdahulu.

“Semua calon yang dipertaruhkan BN juga diharap membantu menyumbang pembentukan semula kerajaan negeri bagi tempoh lima tahun akan datang,” katanya, ketika ditemui selepas menyantuni rakyat di pasar malam Pekan Ijok, di sini hari ini.

Tambah Ahmad Zahid, kuasa mengundi bagaimanapun diserahkan kepada rakyat dan jangan sesekali menidakkan hukum Allah.

“Saya menasihatkan penyokong supaya tidak mendengar fitnah atau membuat perbandingan isu-isu tidak munasabah. Apa yang penting adalah kestabilan di Selangor dan kekal sebagai negeri perindustrian berteknologi tertinggi,” ujarnya.

Ditanya mengenai kenyataan bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa meminta ahli dan penyokong UMNO menyokong Perikatan Nasional (PN) bagi menyelamatkan parti itu, beliau menyifatkan pemimpin berkenaan ‘gila talak’.

“Beliau (Annuar) itu gila talak,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI