fbpx
Armizan berucap pada Majlis Perasmian FIM2026 di KLCC, hari ini.

TVET pemacu utama industri francais negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dilihat mampu menjadi pemacu utama dalam memperkukuh industri francais negara sekali gus membantu mencapai sasaran jualan RM100 bilion menjelang tahun 2030.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembangunan tenaga kerja mahir dan profesional amat penting bagi memastikan kelangsungan serta daya saing industri francais pada masa depan.

Menurut beliau, TVET berperanan melahirkan tenaga kerja bersedia industri melalui pembelajaran praktikal dan latihan secara langsung selain melengkapkan individu dengan kemahiran teknikal, digital serta khidmat pelanggan.

“Terdapat keperluan untuk mewujudkan institusi latihan khusus yang menyelaraskan program TVET dengan keperluan operasi dan industri francais negara,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali sempena Majlis Perasmian Franchise International Malaysia 2026 (FIM2026) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Ahmad Zahid berkata, kerjasama lebih kukuh antara institusi TVET dan industri francais mampu membantu menangani kekurangan tenaga kerja selain meningkatkan produktiviti serta standard perkhidmatan sektor tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata, industri francais negara menyumbang lebih RM36 bilion kepada ekonomi negara pada tahun 2022 dan kekal sebagai antara sektor ekonomi paling berdaya tahan.

Beliau berkata, dengan sokongan kerajaan, pembangunan bakat dan kerjasama semua pihak, Malaysia berpotensi muncul sebagai kuasa francais utama di rantau ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN