fbpx
Antara gambar yang tular di laman media sosial berhubung ajaran sesat Qadiani.

[VIDEO] Video lama Qadiani, tiada aktiviti baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Video berkaitan ajaran sesat Qadiani yang tular di media sosial baru-baru ini disahkan rakaman lama yang pernah disebarkan pada 2019.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, siasatan mendapati video tersebut adalah koleksi rakaman lama yang dikumpul semula sebelum ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, berdasarkan rekod, JAIS telah membuat siasatan di lokasi sejurus selepas dimaklumkan mengenai video tersebut.

“Bagaimanapun, JAIS mendapati tiada kesan kegiatan seumpama itu berlaku pada masa itu. JAIS turut menyiasat lapan lagi lokasi di Ulu Yam yang dikaitkan dengan kegiatan seumpamanya, namun tiada tanda-tanda aktiviti berlaku,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tegasnya, JAIS sentiasa memantau dan mengambil tindakan sewajarnya berhubung ajaran itu termasuk mengenal pasti individu yang bukan dilahirkan sebagai Qadiani, status, cara pergerakan kumpulan, hubungan dan komunikasi serta aktiviti yang dijalankan kumpulan ini.

“Ajaran Qadiani di Selangor difatwa terkeluar daripada agama Islam pada 24 September 1998 dan 17 Ogos 2000,” ujarnya.

Justeru, beliau menasihatkan umat Islam agar tidak menyertai atau mengikuti program atau aktiviti yang mempunyai kaitan dengan ajaran Ahmadiah atau Qadiani atau ajaran yang mempunyai ciri-ciri yang sama kerana merupakan kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

“Umat Islam juga dinasihatkan untuk berhati-hati kerana penampilan dan cara beramal kumpulan ini sangat menyamai dengan amalan umat Islam majoriti di negara ini.

“Namun, ada beberapa perbezaan yang sukar dilihat dengan mata kasar yang dikenal pasti bertentangan dengan ajaran Islam mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN