fbpx
Fahmi

Kerajaan hargai usaha persatuan kilang jalankan kaji selidik industri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan menghargai inisiatif Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) yang melaksanakan kaji selidik bagi mengenal pasti cabaran dihadapi pelbagai sektor industri di negara ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, dapatan kaji selidik tersebut akan membantu kerajaan merangka pelbagai langkah intervensi secara lebih strategik dan berkesan.

Menurut beliau, usaha itu penting bagi memastikan isu serta permasalahan industri dapat ditangani secara menyeluruh dan mampan.

“Dapatan kaji selidik ini membolehkan kerajaan menyelaras inisiatif yang lebih berfokus berdasarkan keperluan sebenar pemain industri,” katanya hari ini.

Tambah beliau, kerjasama erat antara kerajaan dan pihak industri amat penting khususnya dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi global serta cabaran semasa.

Katanya, kerajaan komited memastikan sektor industri negara terus kekal berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Dalam pada itu, ketika ini jelas Fahmi, kerajaan mengambil pendekatan lebih sederhana dalam penganjuran acara rasmi termasuk sambutan Hari Belia dan Hari Guru tanpa menjejaskan objektif serta pengisian program.

Fahmi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan pelbagai program kerajaan secara lebih berhemah.

Menurut beliau, pendekatan kesederhanaan itu penting bagi memastikan perbelanjaan kerajaan lebih terkawal dan berfokus kepada keutamaan semasa negara.

“Langkah ini selaras dengan usaha kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat serta memastikan pengurusan kewangan negara dilaksanakan secara berhemah,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata, langkah penyelarasan keutamaan perbelanjaan operasi kementerian kini mula menunjukkan hasil positif tanpa menjejaskan penyampaian perkhidmatan kerajaan.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN