Gambar hiasan.

Pan Borneo: Kerajaan terbuka siasatan PAC diperluas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kerajaan terbuka kepada cadangan untuk memperluas skop siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, kerajaan tiada halangan sekiranya siasatan lanjut diperlukan bagi memastikan sebarang isu berkaitan projek berkenaan dapat diteliti secara menyeluruh.

Menurut beliau, langkah itu juga boleh memberi ruang kepada hasil siasatan dibentangkan di Parlimen untuk dinilai dan dibincangkan bersama.

“Kita sebenarnya (sebagai) kerajaan terbuka, mana-mana yang perlu dibuat, boleh dibuat. Kalau ada masalah, buat PAC, boleh dibentangkan di Parlimen untuk kita nilai bersama,” katanya ketika ditemui pemberita pada Festival Idea Putrajaya (FOI Putrajaya) di sini hari ini.

Mustapha berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung cadangan tujuh Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang akan mengemukakan memorandum kepada PAC minggu depan bagi memohon skop siasatan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah diperluas.

Sebelum ini, ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, langkah itu penting bagi memastikan siasatan PAC bukan sahaja menumpukan status dan prestasi semasa projek berkenaan, malah turut meneliti keputusan dasar terdahulu yang didakwa memberikan kesan terhadap jadual pelaksanaan, pelantikan kontraktor serta peningkatan kos pembinaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN