Pengerusi merangkap Pengarah Eksekutif HLGY Energy, Kenneth Yap Kian Hoong (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan rakan kerjasama strategik dari Ambank Islamic, Datuk William Koh Kim Peng.

HLGY Energy bangun loji solar RM500 juta di Kedah Rubber City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – HLGY Energy Sdn. Bhd. (HLGY Energy) membangunkan projek loji tenaga solar berskala besar pertamanya di Kedah Rubber City (KRC), Padang Terap, membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM500 juta.

Projek itu dijangka mula membekalkan tenaga elektrik menjelang Jun 2028, sekali gus menjadi antara usaha syarikat menyokong peralihan tenaga negara dan memenuhi permintaan elektrik daripada sektor pusat data.

Penasihat Kumpulan HLGY Energy, Levin Tan berkata, projek berkenaan menjadi pencapaian penting syarikat dalam memperluaskan penyertaannya daripada segmen pemasangan solar komersial dan perindustrian kepada pembangunan tenaga boleh baharu berskala besar menerusi Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS).

Katanya, projek itu kini memasuki fasa pembangunan awal dengan kerja pembersihan dan penyediaan tapak sudah dimulakan, manakala kerja infrastruktur dijadual bermula pada suku pertama tahun depan.

“Ini adalah projek penting yang menandakan penyertaan kami dalam CRESS dan kami mahu menjadi antara syarikat terawal yang menunjukkan komitmen dalam menyokong pembangunan ekosistem tenaga negara,” katanya pada Majlis Menandatangani Perkongsian Strategik HLGY Energy di sini, hari ini.

Majlis itu menyaksikan HLGY Energy menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan lima rakan kongsi, iaitu Bridge Data Centres Malaysia IV Sdn. Bhd., AmBank Islamic Bhd., Mabcon Energy Sdn. Bhd., U Mobile Sdn. Bhd. dan Asia CarbonX Change PLT bagi menyokong pembangunan serta operasi projek tenaga solar berkenaan.

Levin berkata, projek yang dibangunkan di kawasan seluas kira-kira 121.4 hektar itu mempunyai kapasiti penjanaan solar fotovolta (PV) sebanyak 119.7 megawatt (MW), selain dilengkapi Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) berkapasiti 240.72 megawatt jam (MWh).

Jelasnya, apabila beroperasi kelak, loji berkenaan dijangka mampu menjana kira-kira 224 gigawatt jam (GWh) tenaga elektrik setahun.

Syarikat turut memperoleh kemudahan pembiayaan berjangka berjumlah RM360 juta daripada AmBank Islamic bagi projek berkenaan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN