fbpx
Shazeli ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. Foto oleh AFIQ RAZALI

59 laporan polis terhadap Tony Pua, siasatan dikendalikan Polis Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia telah menerima 59 laporan di seluruh negara terhadap bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua susulan hantaran berhubung isu titah dan Rukun Negara yang dimuat naik di Facebook.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan berhubung kes itu kini dikendalikan Polis Kontinjen Selangor untuk tindakan selanjutnya.

“Sehingga pagi tadi saya telah ditaklimatkan sebanyak 59 laporan polis dibuat di seluruh negara dan siasatan dijalankan oleh pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

“Justeru, kita akan memanggil Tony Pua dalam masa terdekat untuk dirakam keterangan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Kelmarin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu hadir sekurang-kurangnya seminggu sekali ke Dataran Selangor.

Susulan itu, Tony Pua menerusi hantaran di Facebook menyatakan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa Raja secara amnya terhad kepada aspek tertentu termasuk adat Melayu, Islam serta fungsi Perlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar dan perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN