fbpx
PEMANDANGAN sekitar Jeti Teluk Nipah, Pulau Indah yang menjadi lokasi utama penganjuran SLITZ 2.0.

SLITZ 2.0 menyatukan komuniti memancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Jeti Teluk Nipah di Pulau Indah, Selangor terus menjadi tumpuan komuniti pemancing apabila acara SLITZ 2.0 berjaya dianjurkan dengan penuh meriah baru-baru ini.

Program itu bukan sahaja menghimpunkan kaki pancing dari pelbagai kawasan, malah menjadi platform memperkenalkan potensi Pulau Indah sebagai destinasi ecotourism untuk aktiviti pancingan laut.

Acara ini berjaya menarik penyertaan hampir 70 orang pemancing melibatkan 10 pasu-

kan bersama tekong-tekong tempatan. 

Suasana awal pagi di jeti cukup meriah apabila peserta

 mula berkumpul bagi sesi pendaf­taran, sarapan pagi serta taklimat keselamatan sebelum turun ke 

laut.

SLITZ 2.0

Sebelum dikenali sebagai SLITZ, program ini pada asalnya menggunakan nama KARANZ ketika penganjuran pertamanya pada tahun lalu. 

Ketika itu, ia hanyalah trip memancing santai yang menghimpunkan pemancing dan tekong dari Jeti Teluk Nipah untuk memancing sambil mengeratkan silaturahim. 

Susulan sambutan yang menggalakkan, program ini kemudiannya dijenamakan semula sebagai SLITZ. 

Ia membawa nilai penyatuan, persaudaraan dan kecintaan terhadap dunia memancing tanpa mengira latar belakang, umur ma­­hupun pengalaman. 

Nama tersebut mencerminkan semangat komuniti yang menjadi teras penganjurannya iaitu menyatukan pemancing dalam suasana harmoni, sihat dan kompetitif. 

Bermula dengan penyertaan hanya dua buah bot pada tahun lalu, acara ini terus berkembang sehingga melibatkan 10 buah bot dalam penganjuran SLITZ 2.0, sekali gus membuktikan sambutan semakin menggalakkan daripada ramai pemancing.

SLITZ 2.0 dianjurkan hasil kerjasama tiga individu yang menjadi tonggak acara iaitu Sahrulazhar Tukimin (Bangxboll), Muhammad Nazirul Hakim Azharhalid (Hakim) dan Royfazly  Ramly (Roy). 

 

Muhammad Zaki menunjukkan ikan kerapu seberat 4.58 kilogram yang berjaya didaratkan menggunakan jig, sekali gus dinobatkan sebagai pemenang Kategori Ikan Terberat.

Menurut penganjur, Pulau Indah yang terkenal dengan suasana perkampungan nelayan dan akses mudah ke perairan Selat Melaka dilihat mempunyai potensi besar untuk diketengahkan sebagai destinasi memancing rekreasi terdekat dengan Lembah Klang.

Selain itu, program itu juga membuka peluang kepada tekong-tekong tempatan memperkenalkan servis mereka kepada peserta dan pengunjung luar. 

Pertandingan

Pertandingan secara rasmi bermula pada pukul 8.30 pagi apabila semua bot bergerak keluar dari jeti menuju ke destinasi pilihan ma­­sing-masing. 

Setiap tekong diberi kebebasan untuk memilih lokasi memancing berdasarkan pengalaman dan pengetahuan mereka terhadap lubuk ikan di sekitar perairan tersebut.

Masing-masing boleh menggunakan pelbagai teknik pancingan termasuklan pancing dasar, jigging, trolling, apollo dan casting.

Sepanjang pertandingan berlangsung, peserta dilihat begitu bersemangat memburu spesies ikan sasaran seperti jenahak, kerapu, senangin dan kurau yang menawarkan mata paling tinggi dalam sistem pemarkahan pertandingan. 

Faktor saiz dan berat ikan juga memainkan peranan penting dalam menentukan jumlah mata keseluruhan setiap pasukan dan peserta.

Keadaan cuaca yang baik sepanjang hari turut membantu melancarkan acara. 

Ada peserta yang berjaya menaikkan ikan seawal pagi, manakala sebahagian lagi terus mencuba nasib sehingga ke saat-saat akhir pertandingan. 

Bagi peserta, program seperti itu bukan sahaja memberi peluang memburu ikan ‘trofi’, malah menjadi ruang terbaik untuk berkongsi pengalaman, teknik memancing serta mengeratkan hubungan persahabatan dalam komuniti pemancing.

Tepat pukul 6 petang, semua peserta diwajibkan kembali ke jeti dan menghantar hasil tangkapan kepada pihak urus setia untuk proses penimbangan serta pengiraan mata. 

Kawasan jeti ketika itu dipenuhi orang ramai yang tidak sabar melihat hasil tangkapan setiap pasukan. 

Pelbagai spesies ikan berjaya didaratkan sepanjang pertandingan, dan seekor ikan kerapu saiz kasar berjaya mencuri perhatian ramai apabila dinobatkan sebagai ikan paling berat. 

PASUKAN Bot 1 muncul sebagai juara keseluruhan selepas mengumpul mata tertinggi pada SLITZ 2.0.

Pemenang 

Kategori yang dipertandingkan merangkumi Individu Keseluruhan, Kumpulan Terbaik, Tekong Terbaik, Ikan Terberat dan Individu Kelas A Terbaik. 

Setelah selesai proses penimbangan dan pengiraan mata, Hamdi Matdahari dinobatkan sebagai Juara Individu Keseluruhan berdasarkan jumlah mata tertinggi. 

Manakala Muhammad ZakiBahrom memenangi Kategori Ikan Terberat selepas berjaya menaikkan seekor kerapu seberat 4.58 kilogram.

SLITZ 2.0 turut mendapat sokongan daripada pelbagai penaja yang menyumbang hadiah dan kelengkapan bagi memeriahkan pertandingan. 

Antara tajaan diterima adalah daripada Seaguard, Niken, Faizmancing, PirateStrikez, Extend, Fishing Madness, Homefields, Kolam Dino, Kail Empire, OAG Worldwide dan Bossku Café.

Sokongan daripada penaja bukan sahaja membantu menjayakan program, malah membuktikan bahawa industri memancing rekreasi kini semakin mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuk pengusaha produk memancing.

Objektif tercapai

Pada masa sama, SLITZ 2.0 turut memberi impak positif kepada ekonomi setempat apabila ramai peserta dan pengunjung menggunakan perkhidmatan jeti, bot, restoran serta kemudahan-kemudahan lain di sekitar Pulau Indah sepanjang program berlangsung. 

Ini secara tidak langsung membantu memperkenalkan kawasan tersebut kepada lebih ramai orang luar. 

Rata-rata peserta yang ditemui berharap program seperti itu dapat diteruskan setiap tahun kerana ia bukan sahaja menyeronokkan, malah menjadi medium terbaik untuk menyatukan komuniti pemancing dalam suasana sihat dan positif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN