fbpx

Wanita 41 tahun kahwini anak rakan berusia 16 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mariana dan Kevin bergambar di hari perkahwinan mereka. - Instagram

JAKARTA – Seorang wanita separuh umur di Kalimantan Barat, Indonesia menjadi perhatian pengguna media sosial selepas dia berkahwin dengan remaja berusia 16 tahun, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video perkahwinan itu dimuat naik dalam akaun Instagram @ndorobei.official. 

Mariana, 41, melangsungkan perkahwinan dengan Kevin, yang berusia 25 tahun lebih muda daripadanya.

Dari segi undang-undang Indonesia, Kevin masih budak bawah umur.

Kevin merupakan anak kepada kawan baik Mariana yang bernama Lisa. 

Rakan yang kini bergelar ibu mentuanya itu sudah bersahabat dengannya selama dua tahun.

“Ketika kanak-kanak, Kevin sering datang ke kedai saya untuk membeli makanan ringan. 

“Saya tidak menyangka akan berkahwin dengannya. Kami berkahwin dengan niat untuk menjalani hidup bersama, isu perbezaan usia itu tidak menjadi masalah,” kata Mariana.

Berdasarkan laman web rasmi Kementerian Kementerian Pemerkasaan Wanita dan Perlindungan Anak (PPPA) Indonesia, umur minimun untuk perkahwinan bagi lelaki dan wanita adalah 19 tahun.

Perkahwinan yang berlangsung secara sederhana pada Ahad lalu itu mendapat perhatian di media sosial.

“Percayalah, jodoh anda masih menjadi embrio. Jangan patah semangat dan terus bersabar ya,” komen seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI