fbpx

Lori roti Gardenia dilarikan penunggang EX5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang dipercayai larikan sebuah lori Gardenia di Puchong petang semalam.

PUCHONG – Seorang pemandu lori cemas dan buntu setelah mendapati lori milik syarikatnya hilang selepas ditinggalkan sebentar di bahu jalan berhadapan sebuah stesen minyak Taman Puchong Utama, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.20 petang itu, pemandu berusia 34 tahun itu telah meninggalkan lori berkenaan dalam keadaan enjin hidup dan pintu berkunci.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wat Mamat berkata, pengadu memasuki stesen minyak untuk melakukan transaksi pengeluaran wang di mesin juruwang automatik (ATM).

Menurut laporan, pengadu telah kembali ke tempat lori diletakkan 10 minit kemudian sebelum mendapati lori tersebut hilang.

“Hasil penelitian rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, kita dapati seorang suspek berpakaian baju sejuk dan seluar panjang berwarna hitam serta memakai topi keledar warna kelabu telah melarikan lori tersebut pada pukul 4.24 petang.

“Suspek telah meninggalkan sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang dilaporkan hilang di kawasan Serdang,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, kerugian bernilai lebih kurang RM40,000 dianggarkan ekoran kes kecurian berkenaan.

“Kes diklasifikasikan sebagai curi kenderaan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan (Akta 574).

“Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak meninggalkan kenderaan dalam keadaan enjin masih hidup untuk mengelakkan kejadian sebegini berlaku.

“Sila hubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di 03-78627100 atau Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Mohd Jefri Mohamad di talian 012-9854484 sekiranya maklumat berkaitan kejadian,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI