fbpx

Tragedi kepala air: Cuaca buruk, operasi mencari dihentikan sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota keselamatan mengangkat salah satu mayat mangsa tragedi kepala air Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) baki empat mangsa fenomena kepala air Jeram Mawar, Air Putih di sini dihentikan sementara pada pukul 5 petang tadi.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, operasi tersebut terpaksa dihentikan ekoran cuaca buruk.

“Jabatan Meteorologi Malaysia menasihatkan operasi SAR dihentikan sementara ekoran kemungkinan cuaca buruk di lokasi pencarian.

“Kita bimbang berlaku risiko fenomena kepala air sekali lagi yang boleh mengancam nyawa anggota SAR,” katanya ketika ditemui di pusat kawalan operasi di sini hari ini.

Mazli berkata, operasi SAR bakal disambung semula pada pukul 8 pagi dengan tumpuan diberikan kepada kawasan pencarian seluas kira-kira 30 km sehingga Kuala Kemaman.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pasukan SAR turut mengalami masalah komunikasi akibat tiada liputan telekomunikasi ekoran lokasi kejadian berdekatan hutan tebal.

“Empat mayat bersama ditemui hari ini iaitu Karim Abdullah, 39, dan tiga anaknya iaitu Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; Putri Nurerina Natasya, 10; dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.

“Mayat isteri Karim iaitu Azizah Eiyi, 40; dan anak keempat mereka iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, telah ditemui semalam,” katanya.

Mazli berkata, baki empat mangsa yang masih belum dijumpai adalah Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; dan Muhammad Fikri Saliman, 24. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI