fbpx
OPERASI SAR diteruskan untuk menjejaki pendaki wanita, Jaslinda Saludin yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih, Tapah sejak Sabtu minggu lalu. - FOTO IHSAN JBPM PERAK

Penemuan jejak baru Jaslida di laluan Kem Sukaneka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih di sini diteruskan pagi tadi dengan pasukan baharu terdiri daripada lapan anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Operasi Penyelamatan Malaysia (STORM).

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pasukan itu dihantar ke Bukit Berapit 2 pada pukul 9.15 pagi tadi. menggunakan pesawat AW139.

Menurutnya, kira-kira pukul 4 pagi tadi, pihaknya telah membawa keluar lima anggota STORM dan seorang Malim Gunung Perak (MGP) yang terkandas selepas hujan lebat dan angin kuat di Berapit 2.

“Operasi semalam menunjukkan tanda positif apabila terdapat penemuan kesan tapak kaki dan snek makanan ringan ditemukan di Kem Sukaneka menuju Gunung Raya oleh pasukan SAR semalam,” katanya di Tapah hari ini.

Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih bersama 13 rakan pendaki lain serta dua malim gunung.

Difahamkan, mangsa yang cedera di kaki sebelum itu berhenti rehat bersama seorang lagi pendaki lelaki yang mengalami masalah pernafasan dan seorang malim gunung di Kem Batu Core.Bagaimanapun, Jaslinda gagal dikesan selepas wanita itu dipercayai meneruskan perjalanan ke puncak gunung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN