fbpx
ORANG ramai membantu untuk mengangkat seorang lelaki seberat 200 kilogram untuk dibawa ke hospital. - Damkarmat Banyuwangi

2 jam hantar lelaki 200 kilogram ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Banyuwangi bertungkus-lumus menyelamatkan seorang lelaki seberat 200 kilogram  untuk dihantar ke hospital, lapor portal berita kumparan.

Pasukan penyelamat menerima panggilan kecemasan selepas lelaki berusia 35 tahun yang dikenali sebagai ADS itu dilaporkan mengalami sesak nafas yang teruk di rumahnya.

Tindakan segera  diambil selepas doktor yang dipanggil ke kediaman mangsa menasihatkan pihak keluarga agar merujuk pesakit ke hospital dengan kadar segera bagi mendapatkan rawatan.

Memandangkan berat badan pesakit yang luar biasa, pihak bomba terpaksa bekerjasama dengan agensi penyelamat lain termasuk pihak ambulans Banyuwangi, Palang Merah Indonesia (PMI) dan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas).

Pasukan gabungan terpaksa menggunakan pelbagai peralatan khas bagi memindahkan pesakit dengan selamat.

Proses pemindahan dari dalam rumah ke kenderaan milik PMI mengambil masa hampir dua jam dan dilakukan dengan penuh berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN