fbpx
Syed Saddiq dan Bella Astillah di luar perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya, semalam. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

‘Tak sabar makan nasi minyak BASS depan skrin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ramai sudah tidak sabar menantikan majlis perkahwinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tunangnya, pelakon serta penyanyi Bella Astillah sehingga mencadangkan ia disiarkan secara langsung menerusi skrin besar.

Menerusi sebuah hantaran pengguna @adzairda di TikTok, dia sebagai peminat teruja menunggu hari bahagia pasangan yang digelar BASS itu walaupun hanya menerima jemputan yang disiarkan secara langsung di media sosial.

“Tengok dari live, kira dijemput kan? Apa-apa pun syukur YB Syed Saddiq dibebaskan daripada pertuduhan setelah enam tahun berjuang. Tahniah kepada ibu bapa, keluarga dan Bella. Selamat pengantin baharu untuk BASS,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna media sosial turut mencadangkan supaya majlis berkenaan ditayangkan di skrin besar agar lebih ramai dapat meraikannya secara maya.

“Jomlah kita bincang sama-sama, kita yang tetamu di rumah sendiri ini sambil layan live nak pakai warna apa? Jom satu Malaysia buat tema sama,” komen Siti Zafirah.

“Kena ada satu tempat letak skrin besar dan kerusi untuk tetamu dalam talian duduk. Bawa hidangan kenduri masing-masing. Siapa nak sertai? Betul-betul teruja ni,” tulis Izara.

“Best juga kalau kedai mamak pasang skrin besar untuk live majlis BASS nanti. Satu Malaysia boleh tengok sama-sama sambil layan nasi beriani atau nasi kandar,” komen Sofiy.

“Bila YB Syed Saddiq umum menang kes, saya terus terfikir nak pakai baju apa pada hari majlis mereka,” tulis Ema.

Terdahulu, Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan pendakwaan.

Susulan keputusan itu, abang kepada Ahli Parlimen Muar berkenaan turut memberi bayangan mengenai perkahwinan adiknya.

“Nasi minyak is coming soon,” katanya kepada media di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, semalam.

Syed Saddiq sebelum ini turut memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujang sebelum penghujung tahun ini selepas menerima restu daripada kedua-dua ibu bapanya.

Sebelum ini, beliau dan Bella Astillah mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN