fbpx

Macam ada bau nak buka tudung, kuatkan semangat Noreen – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perkongsian terbaharu pelakon Norreen Iman dalam media sosial yang tampil dengan gaya turban menampakkan bahagian leher mengundang kebimbangan netizen.

Penampilan pelakon drama Jangan Ganggu Jodohku itu yang juga hanya bertopi dalam sekeping gambar lain turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya.

Menerusi komen, rata-rata menzahirkan harapan agar pelakon terbabit terus istiqamah dengan bertudung lengkap.

“Macam ada bau-bau nak buka tudung. Kuatkan semangat Noreen. Ingat hidup ini sekejap sahaja,” tulis seorang netizen.

“Tak perlu jadi lebih baik daripada orang lain. Cukuplah kita jadi lebih baik daripada diri kita semalam. Insya-Allah boleh,” kata pengikutnya yang lain.

Terdahulu, Noreen atau nama lengkapnya Norreen Iman Abdullah, 36, berkongsi beberapa keping gambar memaparkan rutin hariannya di platform Threads.

Bagaimanapun, hantaran ibu tunggal kepada dua anak itu meraih maklum balas ramai yang rata-rata prihatin dengan perubahan ditunjukkan.

Pada ruangan kapsyen juga ada netizen menitipkan nasihat agar Noreen mendekatkan diri kepada Allah selain jangan mudah terikut dengan gaya individu lain.

“Semoga setiap ujian dan nikmat yang Allah beri mendekatkan Noreen kepada-Nya,” tulis seorang pengguna.

Begitupun, dia dilihat tidak memberi respons terhadap komen netizen pada hantarannya itu.

Sebelum ini Norreen yang mengakui tiada penyesalan berhijab pernah membuat pengakuan menangis ketika memadam gambar lama yang menampakkan aurat sebaik memilih bertudung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN