fbpx
Syed Saddiq tidak menolak kemungkinan bernikah dengan tunang, Bella Astillah sebelum hujung tahun ini selepas mendapat 'greenlight' daripada keluarga masing-masing. — FAISOL MUSTAFA

Kahwin sebelum akhir tahun, kalau boleh dipercepat – Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujang sebelum penghujung tahun ini selepas menerima restu daripada kedua-dua ibu bapanya.

Menurut Syed Saddiq, 33, sejurus selesai menunaikan solat subuh, bisikan orang tuanya menjadi isyarat paling jelas bahawa perancangan ke arah perkahwinan kini boleh diteruskan dengan lebih tenang.

“Memang boleh buat persiapan dengan tenang. Selepas solat subuh, bila ayah dan ibu dah berbisik, itu signal (isyarat) yang paling jelas.

“Itu memang perancangan kami, cuma sekarang perancangan jauh lebih tenang. Kalau boleh dipercepatkan, itu antara harapan keluarga supaya dapat diselesaikan sebelum akhir tahun,” katanya selepas keputusan Mahkamah Persekutuan memihak kepadanya, hari ini.

Bagaimanapun, bekas Menteri Belia dan Sukan itu enggan mengulas lanjut mengenai perancangan naik pelamin dengan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah kerana menghormati institusi kehakiman.

Syed Saddiq turut memaklumkan akan berkongsi lebih banyak perkara berhubung hari bersejarah mereka dalam satu sesi siaran langsung yang dijangka diadakan pada sebelah malam.

Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac 2026 dan difahamkan pasangan berkenaan dijangka bernikah Oktober ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN