fbpx
Anthony mengetuk gendang sebagai gimik pada Majlis Pengumuman Calon DAP DUN Temiang di Seremban hari ini.

DAP Negeri Sembilan kekal 8 calon penyandang, perkenal 3 muka baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – DAP Negeri Sembilan mengekalkan lapan calon penyandang daripada keseluruhan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos depan.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tiga lagi kerusi mempertaruhkan calon muka baharu iaitu Lee Kai Yet dari DUN Mambau, S. Mugunthan DUN Seremban Jaya dan Ho Weng Wah DUN Temiang.

Anthony yang juga Setiusaha Agung DAP berkata, calon penyandang dikekalkan mengambil kira faktor mereka sudah dikenali pengundi dalam usaha mempertahankan rekod cemerlang dimenangi DAP bagi semua kerusi yang ditandingi sejak 2013.

“DAP melihat perlunya mengekalkan penyandang di kawasan (DUN) sedia ada kerana faktor usia calon yang masih muda serta faktor tempatan iaitu ada trek rekod yang baik kita kekalkan.

“Sudah tentu setiap kali pilihan raya kita ada penilaian, kita akan melihat potensi calon baharu, namun begitu oleh kerana PRN Negeri Sembilan Ke-16 di luar jangkaan maka proses peremajaan itu tidaklah sebesar yang kita rancang,” katanya pada Majlis Pengumuman Calon DAP DUN Temiang di sini hari ini.

Jelas Anthony, adalah penting untuk parti mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati dengan mengekalkan calon penyandang memandangkan PRN Negeri Sembilan Ke-16 adalah pilihan raya kritikal dan DAP tidak mahu mengambil risiko.

Lapan calon penyandang DAP yang dikekalkan ialah Anthony (Chennah), Desmond Sian Meow Kong (Rahang), Teo Kok Seong (Bahau), J.Arul Kumar (Nilai), Chew Seh Yong (Lobak), Nicole Tan Lee Koon ( Bukit Kepayang), Choo Ken Hwa (Lukut) dan S. Veerapan (Repah). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN