fbpx
Gambar yang dikongsi Asyraf di laman Facebooknya.

Dewan MRSM Kuantan terbakar, proses pembaikan disegerakan sebelum pelajar kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkongsi khabar duka melibatkan kebakaran Dewan Ilmu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan tengah hari tadi.

Bagaimanapun katanya, insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa memandangkan kesemua pelajar sudah pulang bercuti Hari Raya Aidiladha.

“Saya sudah minta pengurusan Mara segera berbincang dengan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menyegerakan proses pembaikan dan mengambil apa jua tindakan terbaik sebelum pelajar kembali 6 Jun nanti.

“Moga Allah mempermudahkan segala usaha dan menggantikan sesuatu yang lebih baik sebagaimana doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. apabila kehilangan sesuatu atau ditimpa musibah agar Allah menggantikan dengan yang lebih baik,” kongsinya di laman Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN