fbpx

37 individu ditahan terlibat kes penyeludupan manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

LUMUT – Polis menahan 35 warga asing dan dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes penyeludupan manusia di Segari dan Sitiawan, dekat sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata polis menerima maklumat orang ramai mengenai sebuah bot terdampar di pesisir pantai Segari, dekat sini, bersama sekumpulan orang dipercayai warga Indonesia, pada pukul 9.45 pagi.

“Hasil pencarian di kawasan kebun sawit di Segari, pasukan polis berjaya menjejaki 35 warga Indonesia tersebut yang terdiri daripada 24 lelaki, 10 perempuan serta seorang kanak-kanak yang bersembunyi di kebun tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan awal daripada salah seorang warga Indonesia yang ditahan itu membolehkan polis menahan dua lelaki tempatan di sebuah restoran makanan laut di kawasan Kampung Baharu, Sitiawan.

Justeru, maklum beliau, kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes penyeludupan manusia dan disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan manusia dan Antipenyeludupan migran 2007 serta Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959.

Beliau menjelaskan, kesemua tangkapan akan direman bagi membantu polis menjalankan siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI