fbpx

Manchester United alih fokus buru Moises Caicedo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAICEDO menjadi pemain terbaharu dikaitkan dengan United selepas mereka dilaporkan kecewa dengan rundingan mendapatkan Mount. – AFP

MANCHESTER – Manchester United dilapor mengalihkan tumpuan mereka dengan memburu khidmat pemain tengah Brighton, Moises Caicedo selepas kecewa dengan rundingan untuk mendapatkan bintang Chelsea, Mason Mount yang dilihat semakin sukar.

United dilaporkan kecewa dengan pendirian Chelsea yang menolak tawaran bernilai £55 juta (RM328.34 juta) sebalik­nya mahukan sehingga £65 juta (RM388.04 juta) untuk melepaskan pemain mereka itu.

Nilai yang diminta The Blues itu dianggap terlalu tinggi oleh United untuk Mount yang hanya berbaki kontrak semusim sahaja lagi dan tidak bersedia untuk mengadakan rundingan lanjut sebaliknya meninggalkan tawaran terakhir mereka untuk dinilai oleh Chelsea sama ada bersetuju atau sebaliknya.

Bagaimanapun, United enggan mengambil risiko untuk te­rus menunggu sebaliknyacuba melihat potensi perpindahan melibatkan Caicedo yang memiliki gaya permainan berbeza berbanding Mount dan diletakkan tanda harga berjumlah £80 juta (RM477.59 juta) oleh Brighton.

Chelsea sebelum ini juga turut mencuba untuk mendapatkan Caicedo dengan harga tawaran £60 juta (RM358.19 juta) pada awal bulan ini, namun ditolak, tetapi masih meneruskan proses run­dingan.

United bersedia untuk memberikan tentangan terhadap Chelsea dalam usaha mendapatkan Caicedo apabila laporan menyebut bahawa mereka akan tiba dengan tawaran wang tunai dan seorang pemain yang bakal menjadi subjek pertukaran dalam proses rundingan berkenaan.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI