fbpx

15,000 tiket separuh akhir Piala FA habis dijual dalam 30 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga penyokong TFC ceria berjaya membeli tiket perlawanan separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus hari ini.

SEBANYAK 15,000 tiket aksi separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dan KL City FC laris bagaikan pisang goreng panas apabila habis terjual dalam tempoh kira-kira setengah jam.

Ribuan penyokong tegar skuad Sang Penyu sudah memenuhi pekarangan Stadium Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus selepas solat subuh walaupun kaunter tiket hanya dibuka pada pukul 10 pagi.

Begitupun, penjualan tiket secara fizikal tersebut berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dengan kawalam petugas Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Seorang peminat TFC, Ahmad Syafiq Aiman Abdul Hakim, 17, berkata, dia bersama dua rakannya bergerak dari rumah mereka di Kuala Ibai, Kuala Terengganu sebaik selesai solat subuh.

“Kami datang awal kerana bimbang akan bersesak seperti pernah berlaku pada aksi separuh akhir Piala Malaysia bertemu Selangor pada tahun lalu. Begitupun hari ini tiga kaunter (jualan tiket) dibuka manakala barisan juga tidak begitu panjang,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dijangka akan dibanjiri kira-kira 30,000 penonton dengan kesemua 15,000 tiket secara online telah habis dijual sejak semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI