fbpx
Anthony.

Jangan jadikan lesen ‘tiket’ berlumba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Peserta Program Bantuan Lesen Memandu (MyLesen) Kelas B2 diingatkan agar tidak menjadikan lesen yang diterima sebagai ‘tiket’ untuk berlumba di jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, lebih 60 peratus kes kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia setiap tahun membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Katanya, setiap dua daripada tiga kemalangan maut yang berlaku membabitkan penunggang motosikal dan golongan ini merupakan kumpulan pengguna jalan raya yang paling terdedah kepada risiko kemalangan meragut nyawa.

“Sebahagian besar kemalangan melibatkan penunggang motosikal berlaku akibat disebabkan kecuaian. Ini satu mesej keselamatan jalan raya sangat penting,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program MyLesen B2 Peringkat Negeri Sembilan 2026 di Seremban, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pindaan undang-undang Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 dijangka dibawa ke Dewan Negara bulan depan untuk diwartakan.

“Penguatkuasaan baharu itu akan bermula tidak lama lagi yang membolehkan individu yang berlumba di jalan raya didakwa atas kesalahan jenayah dan dibawa ke mahkamah, bukannya hanya dikenakan kompaun,” katanya.

Sementara itu, Anthony berkata, lebih 100,000 peserta di seluruh negara telah menerima manfaat menerusi Program MyLesen sejak ia diperkenalkan pada 2023.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN