Anthony Loke dan Ahmad Zahid (kanan).

Ahmad Zahid sifatkan Anthony Loke seorang berprinsip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menzahirkan penghargaan kepada Anthony Loke atas sumbangannya sepanjang berkhidmat sebagai Menteri Pengangkutan.

Ahmad Zahid turut menyifatkan Loke sebagai seorang pemimpin yang berpegang teguh kepada prinsip dan pendiriannya.

“Saya mengucapkan terima kasih selama beliau sebagai anggota Jemaah Menteri. Kebetulan beliau duduk sebelah kanan saya dalam Mesyuarat Kabinet, dan kami akan kehilangan beliau dalam Kabinet.

“… dan saya mengucapkan selamat maju jaya (kepada Loke) berada di luar kabinet,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Program Kemakmuran Pekebun Kecil dan Hari Terbuka Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Melaka 2026 di sini, hari ini.

Terdahulu, Loke mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta, susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan rumah.

Setiausaha Agung DAP itu berkata keputusan berkenaan selaras dengan pendirian yang diumumkannya Jumaat lepas. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN