fbpx
Sebahagian daripada 253 individu disyaki penagih dan pengedar dadah berjaya ditahan dalam serbuan di Besut, semalam.

Ops Dadah Terengganu: 253 disyaki penagih, pengedar dadah diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seramai 253 individu termasuk lima wanita yang disyaki penagih dan pengedar dadah berjaya diberkas dalam operasi bersepadu yang diadakan di seluruh Terengganu.

Serbuan selama dua hari berakhir semalam itu melibatkan suspek beusia dalam lingkungan 19 hingga 72 tahun.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, serbuan terbabit telah berjaya merampas pelbagai jenis dadah dan bahan larangan yang dianggarkan berjumlah keseluruhan RM18,044.60.

“Seramai 146 suspek ditahan kerana positif dadah, memiliki dadah (72 orang) dan mengedar dadah (29 orang).

“Enam orang ramai pula ditahan kerana semakan mendapati mereka memiliki waran tangkap,” katanya di sini, hari ini.

Mohd. Khairi berkata, seramai 44 suspek ditangkap berusia dalam lingkungan 51 hingga 72 tahun.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia akan terus memperkukuh kerjasama strategik membanteras penyalahgunaan dadah dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

“Kita juga akan melaksanakan projek perintis memperkasa pendekatan rawatan dan pemulihan secara lebih bersepadu bermula 1 Julai lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN