fbpx

Isu saiz perkhidmatan awam tidak wajar diperdebatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan Mat

PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meluahkan rasa kesal apabila perkhidmatan awam sering kali dilibatkan dalam pertelingkahan politik hingga memberikan gambaran yang tidak baik kepada masyarakat.

Presidennya, Datuk Adnan Mat menasihatkan, semua pihak terutama pemimpin-pemimpin politik tidak membangkitkan lagi isu berkaitan saiz perkhidmatan awam yang seringkali didakwa membebankan kerajaan.

“Adalah tidak adil membuat kenyataan terbuka yang mengguriskan hati penjawat awam dan hanya sekadar membuat permohonan maaf sebagai penyelesaian sedangkan ‘kerosakan’ telah berlaku.

“Cuepacs ingin menegaskan sekali lagi bahawa saiz perkhidmatan awam negara masih ideal dan tidak terlalu besar berbanding negara lain seperti yang sering dimomokkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Adnan, jumlah penjawat awam kira-kira 1.6 juta orang ketika ini turut membabitkan sektor pendidikan, pasukan keselamatan dan tenaga kerja kesihatan yang lazimnya tidak diambil kira sebagai kakitangan awam di negara-negara lain.

“Sekiranya ketiga-tiga sektor ini tidak diambil kira, ia hanya membabitkan kira-kira 600,000 kakitangan sahaja dalam perkhidmatan awam.

“Selebihnya adalah mereka yang bertugas dalam sektor kesihatan, keselamatan dan kesihatan yang wajib ada bagi memberikan perkhidmatan kepada rakyat,” ujarnya.

Bahkan katanya, kakitangan di ketiga-tiga sektor ini tidak mencukupi kerana masih banyak lagi petugas di sekolah, hospital, klinik serta pasukan keselamatan (tentera dan polis) diperlukan.

“Nasihat Cuepacs kepada semua pihak, berhentilah berbahas dengan isu yang sememangnya kita sudah ketahui fakta dan kebenarannya tetapi sengaja dibangkitkan demi kepentingan peribadi.

“Janganlah dilihat penjawat awam sebagai ‘musuh’ sebaliknya hargailah mereka sebagai tulang belakang yang banyak berjasa dalam memastikan pentadbiran negara lancar,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI