DENGUNGAN itu berselang-seli dengan deruan halus kereta kawalan jauh (RC) yang memecut, kemudian membrek tajam sebelum memasuki selekoh-selekoh sempit. Setiap pergerakan kelihatan seperti satu aliran yang tersusun, seolah-olah trek itu sendiri sedang bernafas bersama perlumbaan yang sedang berlangsung. Beberapa kereta hampir menyentuh penghadang di tepi trek, namun masih sempat dikawal dengan tepat sebelum kembali stabil di garisan perlumbaan. Di tengah-tengah kekalutan bunyi enjin kecil dan ‘jeritan’ tayar yang bergeser di permukaan trek, lelaki berusia 58 tahun, Mohd. Ridzuan Ahmad berdiri……














