fbpx

Bella Astillah dedah belakang peminat tetap ‘backup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NAMA Bella Astillah sekarang boleh dikatakan berada di puncak, apa sahaja dilakukannya pasti akan viral dan meraih sokongan ramai.

Namun baru-baru ini Diva agak pelik sebab ramai ‘back up’ kerana dikecam susulan tular video memakai busana yang mendedahkan bahagian belakang badannya.

Meski ramai mengatakan itu adalah video lama yang baru dimuat naik, namun netizen tetap berharap Bella tidak lagi memakai busana sebegitu.

Pada mata Diva, memang agak terdedahlah tetapi peminat setianya menganggap hanya busana biasa yang tidak mencolok mata pun.

Bagaimanapun ada juga peminat yang meminta Bella melantik penata gaya agar setiap busana yang dipakai tidak seksi tetapi kekal elegan tambahan pula bakal bergelar isteri kepada Ahli Parlimen tak lama lagi.

“Saya peminat BASS tetapi mahu nasihatkan agar Bella ada ‘stylist’ kerana dia membawa imej seorang ibu dan tunang Syed Saddiq. Pakaian itu agak mencolok mata.

DIVA: Naik serabut pula dengan netizen yang bersungguh-sungguh nak satukan Fazura dan Que Haidar. Tolong bijak sikit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN