fbpx

[VIDEO] Mahkamah: Hafidz tiba di mahkamah sebutan semula kes, laporan psikiatri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafidz bersama peguamnya ketika tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, di sini sebentar tadi.

Hulu Selangor – Pelakon Hafidz Roshdi tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, di sini, sebentar tadi.

Hafidz, 29, tiba bersama peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kader, kira-kira pukul 9 pagi.

Hari ini merupakan sebutan kali kedua kes mendatangkan kecederaan terhadap isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri.

Difahamkan mahkamah hari ini juga akan mendengar laporan psikiatri Hafidz.

Sebelum ini pada 29 Mac lalu, Hafidz telah ke Hospital Bahagia untuk menjalani pemeriksaan psikiatri sebagaimana yang diperintahkan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret.

Mahkamah memerintahkan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar untuk Hafidz selaku tertuduh menjalani pemeriksaan itu mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Pada 13 Mac lalu, Hafidz didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.

Mengikut pertuduhan Hafidz didakwa menumbuk isterinya Shuhada menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI