fbpx

Jayakan Kerajaan Perpaduan jika UMNO ingin dipercayai pengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Hasan.

KUALA LUMPUR – Ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya bersama-sama berganding bahu dan tidak mensia-siakan peluang bagi menjayakan pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, jika ahli UMNO sendiri yang merosakkan Kerajaan Perpaduan maka tiada siapa yang akan mempercayai parti itu selepas ini.

“Bayangkan implikasinya kepada UMNO, jika kita mensia-siakan peluang ini. Jika kita tidak berprestasi, dan jika kita pula yang menjadi masalah kepada Kerajaan Perpaduan.

“Siapa lagi yang akan percaya kepada UMNO selepas ini, jika kita gagal menjayakan Kerajaan ini. Kita bukan sahaja, akan mengecewakan kepercayaan Raja yang kita kasihi. Kita juga akan menjadikan rakyat lebih muak dengan drama politik kita.

“Malah, pengundi akan terus menghukum UMNO, dengan hukuman penolakan yang tidak akan memungkinkan UMNO itu bangkit semula,” jelas beliau ketika berucap pada Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.

Tambah Mohamad, hanya dengan prestasi terbaik di dalam Kerajaan Perpaduan dapat menentukan sekiranya UMNO masih boleh dipercayai ataupun tidak dalam siri Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Setelah empat tahun Malaysia terumbang-ambing, tanpa matlamat jelas dalam bernegara dan berbangsa, masakan kita mahu membiarkan ia berterusan.

“Justeru, kita mesti menggunakan peluang yang sangat unik ini, untuk membezakan UMNO dari parti politik lain, kita bukan sekadar punya iltizam.

“Kita punya kepakaran, kebijaksanaan, ilmu dan pengalaman yang boleh kita manfaatkan untuk menjadikan Kerajaan ini kerajaan yang cekap, bersih dan amanah.

“Malam ini, saya mahu kita jelas. Mempertahan dan menjayakan Kerajaan Perpaduan adalah matlamat politik UMNO waktu ini,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI