fbpx
Keadaan motosikal Modenas Kriss yang terlibat dalam kemalangan maut meragut nyawa Faris Dasuki di Jalan Kampung Tebauk, Kuala Nerus semalam.

Pelajar tingkatan 2 maut, motosikal bertembung ambulans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di daerah ini maut selepas motosikal yang dia tunggang bertembung sebuah ambulans di persimpangan Jalan Kampung Tebauk, di sini, semalam.

Dalam kemalangan pukul 6.50 petang itu, mangsa, Faris Dasuki Bokhairi, 14, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, sewaktu kejadian, remaja tersebut dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Tunggal dari Batu Enam di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggangi mangsa dikatakan gagal mengelak lalu merempuh sebuah ambulans.

“Sewaktu kejadian, ambulans dipercayai sedang membelok untuk memasuki simpang kanan,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, mayat Faris Dasuki telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, pemandu ambulans berusia 19 tahun dan seorang penumpang hadapan tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN