fbpx

Pengganggur didakwa amang seksual anak tiri, cederakan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Taiping atas pertuduhan amang seksual anak tiri dan mencederakan isterinya, bulan lalu.

TAIPING – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak tirinya yang berusia 13 tahun, bulan lalu.

Tertuduh berusia 24 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, lelaki terbabit didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan yang juga anak tirinya.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Bandar Kamunting pada pukul 1.30 pagi, 24 Mei 2023 dan di hadapan sebuah pasar raya di Taiping pada pukul 9 malam, 27 Mei 2023.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Faakihin Ahmad Pauzi tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh mengambil kira faktor keselamatan kanak-kanak itu dan tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon agar jaminan dikenakan terhadapnya.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Julai depan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Sementara itu dalam prosiding di Mahkamah Sesyen berasingan, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mencederakan isterinya di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI