fbpx

Lelaki berdiri atas tingkap kereta bergerak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki memakai baju-t berwarna hijau dan berseluar hitam itu sedang berdiri di atas tingkap sisi kereta yang dibuka luas. – KTLA

CORONA, CALIFORNIA – Sebuah video tular menunjukkan aksi berbahaya seorang lelaki  berdiri di atas tingkap bahagian pemandu sebuah kereta yang bergerak di sebatang jalan di California Selatan, lapor portal berita MailOnline.

Video tersebut dirakam oleh seorang pengguna jalan raya lain di laluan 91 Freeway, bandar Corona. 

Tidak djelaskan sama ada terdapat penumpang lain di dalam kereta tersebut namun, pengguna media sosial meneka bahawa dia mungkin menggunakan fungsi kruz untuk melakukan aksi berbahaya itu.

Dalam video tersebut, seorang lelaki memakai baju-t berwarna hijau dan berseluar hitam sedang berdiri di atas tingkap sisi kereta yang dibuka luas.

Dia diihat mendepakan kedua-dua tangannya sebelum duduk di atas tingkap dengan keadaan kakinya diletakkan di dalam kereta.

Sebelum video berakhir, lelaki yang identitinya tidak dikenali itu mengalih pandangannya ke arah perakam video sebelum memandang semula ke hadapan.

Video itu dimuat naik di laman perkongsian video, YouTube dan menerima pelbagai komen daripada pengguna yang mengecam aksi berbahaya itu.

“Ramai orang yang tidak bersalah mati dalam kemalangan kereta. Memang tidak bertanggungjawab,” kata seorang netizen.

Tidak dijelaskan sama ada pihak berkuasa sedang menyiasat insiden itu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI