fbpx

EPL: Rashford berjaya ikut jejak Giggs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD menjadi pemain kedua dari akademi menerima anugerah pemain terbaik tahunan kelab selepas Giggs melakukannya pada 1998. – AFP

MANCHESTER – Tiga puluh gol yang dihasilkan sepanjang 55 perlawanan menjulang Marcus Rashford untuk dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Manchester United.

Berbaki satu lagi perlawanan yang bakal diharungi The Red Devils pada final Piala FA, Rashford juga berpeluang untuk menambah angka berkenaan dan jika menang ia akan memastikan kejuaraan berganda buat United selepas kejayaan di Piala Liga Inggeris.

“Saya hanya berharap lebih ramai pemain daripada akademi dapat memenangi anugerah ini dan merasai apa yang saya rasa sekarang.

“Saya cukup gembira dan mahu berterima kasih kepada rakan sepasukan, kakitangan kelab kerana tanpa mereka, saya pasti tidak ada dorongan untuk jadi lebih baik.

“Saya hargai kamu semua. Menjadi satu penghormatan untuk memenangi Anugerah Sir Matt Busby dan pemain terbaik tahunan kelab,” katanya.

Sejak mula melakukan debut bersama pasukan, Rashford kini sudah pun mengumpul 123 gol dan kini muncul pemain akademi pertama yang memenangi anugerah berkenaan sejak Ryan Giggs melakukannya pada 1998.

Dalam perkembangan lain, pengendali pasukan, Erik Ten Hag memberi bayangan bahawa Harry Maguire bakal meninggalkan pasukan sekiranya pertahanan itu berasa kurang gembira kerana jarang diturunkan.

Ten Hag kini sudah memiliki pilihan lain seperti Lisandro Martinez dan Raphael Varane, malah Luke Shaw juga beberapa kali diberi peluang untuk menghasilkan keputusan 17 perlawanan tanpa bolos.

“Tiada siapa yang gembira dengan situasi ini, namun dia sentiasa berlatih pada tahap terbaik dan memberikan komitmen 100 peratus untuk pasukan. Dia mengawal situa­si ini dengan baik, namun terdapat persaingan di posisinya bersama Raphael Varane menjadikan situasi agak sukar,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI