fbpx

Lapan jemaah masuk wad di Madinah, Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ada jemaah yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap jangkitan paru-paru dan patah kaki di Tanah Suci. - Gambar hiasan

Melaporkan dari Mekah

MEKAH – Lapan jemaah haji terpaksa dimasukkan ke wad selepas mengalami jangkitan paru-paru dan keretakan tulang akibat terjatuh ketika mereka berada di Mekah dan Madinah.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, daripada jumlah itu, tiga berada di pusat rawatan Madinah, Mekah (3) dan dua lagi dimasukkan ke wad di Hospital Arab Saudi.

Katanya, tujuh jemaah disahkan menghidap jangkitan paru-paru selepas melakukan ujian CT Scan di Hospital Arab Saudi manakala seorang lagi mengalami keretakan tulang akibat terjatuh di tandas.

“Kesemua yang sakit itu berusia 60 tahun ke atas dan keluarga mereka telah dimaklumkan mengenainya.

“Mereka akan keluar wad selepas keadaan keadaan stabil serta beransur pulih,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI