fbpx
Gambar hiasan.

Tikam pelajar: Mangsa dijangka keluar wad minggu ini – Exco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang pelajar perempuan yang cedera ditikam rakannya di sebuah sekolah menengah di Banting di sini, dijangka dibenarkan keluar dari hospital minggu ini.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata, perkara itu dimaklumkan pihak Hospital Banting ketika beliau menziarah mangsa dan keluarga, Khamis minggu lalu.

“Setakat saya ziarah pada Khamis lalu, doktor memaklumkan mangsa memerlukan masa seminggu untuk berehat dan pulih sebelum dibenarkan keluar wad.

“Berkaitan suspek, siasatan kes itu di bawah bidang kuasa polis dan saya belum menerima perkembangan baharu,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Usahanita Digital 2026 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Menurut Anfaal, insiden itu perlu dilihat kepada konsep ihsan kerana melibatkan dua individu berusia di bawah 18 tahun.

“Kita perlu tangani kes ini dengan ihsan bagi kedua-dua pihak sama ada mangsa atau suspek kerana mereka masih kanak-kanak. Apa yang lebih penting ialah mengambil pengajaran termasuk kes di Bandar Utama supaya tragedi sama tidak berulang,” ujarnya.

Tambah beliau, kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bagi memperkukuh usaha pencegahan menerusi program advokasi.

Pada 6 Julai lalu, pelajar berusia 15 tahun cedera sehingga 16 tikaman selepas diserang rakannya dengan sebilah pisau ketika hendak duduk selepas membeli roti di kantin sekolah berkenaan, kira-kira pukul 9.50 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN