fbpx

Jangan sampai inflasi meningkat dua digit seperti Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
Mir Azri Shaharudin

Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal bulan ini boleh memberi kesan kepada pelbagai langkah kewangan pen­ting seperti kadar deposit, pinjaman, pertukaran asing dan kadar faedah pinjaman rumah.

Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, tiada sebarang data yang menyokong dakwaan menyatakan OPR menyebabkan lebih ramai rakyat akan menjadi muflis.

Shamsiah juga menafikan kenaikan tersebut adalah tindakan kejam sebaliknya mengatakan ia bertujuan untuk mengawal inflasi daripada meningkat dengan mendadak.

Inflasi keseluruhan pada suku pertama 2023 di negara ini juga semakin menurun kepada 3.6 peratus berbanding 3.9 peratus pada suku keempat tahun lalu.

Buat ketika ini, Turkiye telah menurunkan kadar faedah bagi mengurangkan kadar inflasi sejak tahun lalu.

Namun, kadar tahunan inflasi harga pengguna pernah mencecah sehingga 85 peratus pada Oktober tahun lalu sebelum perlahan kepada 44 peratus pada April lalu, menurut data dari Institut Statistik Turkiye.

Dalam sejarah negara ini pula, OPR paling tinggi pada 2008 apabila BNM menetapkannya pada kadar 3.5 peratus.

Menurut Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat, Dr. Mohd. Afzanizam Andul Rashid, OPR tidak bersifat kekal kerana ada masa ia diturunkan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi disebabkan faktor kelembapan dan kemelesetan ekonomi yang sedang berlaku.

“Apabila OPR direndahkan, kos pembiayaan akan dikurangkan. Ini akan merangsang kegiatan pelaburan dan penggunaan di dalam ekonomi. Contohnya pada Disember 2019, OPR berada pada paras tiga peratus. Namun, disebabkan Covid-19, ia diturunkan ke paras 1.75 peratus pada Julai 2020.

“OPR akan dinaikkan apabila ekonomi sudah mula pulih. Contoh pada tahun lalu, OPR dinaikkan daripada 1.75 peratus kepada 2.75 peratus. Ini disebabkan pertumbuhan ekonomi tahun lalu adalah pesat iaitu 8.7 peratus berbanding 3.3 peratus pada tahun 2021.

“Jadi, OPR ini perlu diselaraskan dengan kedudukan ekonomi semasa supaya masyarakat dan para peniaga tidak terdedah kepada risiko pengambilan hutang yang berlebihan akibat OPR yang rendah,” katanya.

Menurutnya, pihak bank me­rupakan entiti perniagaan yang mana modus operandinya mengambil deposit daripada penyimpan dan memberi pembiayaan kepada isi rumah serta peniaga yang memerlukan dana.

“Deposit merupakan kos dana yang perlu dibayar kepada pendeposit. Kadar pembiayaan adalah kadar keuntungan yang dikenakan kepada mereka yang mengambil fasiliti pembiayaan dengan pihak bank.

Perbezaan antara kadar keuntungan pembiayaan dengan kos dana deposit adalah merupakan margin keuntungan kepada pihak bank.

“Dengan erti kata lain pihak bank adalah entiti perniagan yang bersifat komersial. Namun, aktiviti perniagaan mereka akan dipantau dan dikawal selia oleh pihak bank (BNM). Jadi, persoalan OPR melindungi pihak bank adalah satu kefahaman yang tidak tepat,” tambahnya.

Daripada aspek pengurusan ekonomi, beliau menyatakan Malaysia tidak seharusnya mengikut model negara lain tanpa membuat kajian yang menyeluruh.

“Jika kita lihat angka inflasi di Turkiye adalah 50.5 peratus setakat Mac 2023 berbanding Malaysia iaitu 3.5 peratus pada Mac lalu. Sudah pasti ada tidak kena dengan angka inflasi dua digit ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI