PETALING JAYA – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd. Azizulhasni Awang menerima Darjah Kebesaran Darjah Bakti daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.
Mohd. Azizulhasni, 38, merupakan atlet ketiga negara menerima darjah kebesaran tersebut selepas legenda badminton, Datuk Lee Chong Wei dan ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David, masing-masing diterima pada 2021 dan 2024.
Beliau yang digelar ‘The Pocket Rocketman’ serta anak kelahiran Dungun, Terengganu mengharumkan nama Malaysia di pentas global selama dua dekad.
Awal Mei lalu, beliau menampilkan aksi kompetitif pada Siri Piala Trek Jepun di Shizuoka serta membawa pulang pingat perak dan dua gangsa.
Dalam masa sama, empat atlet turut menerima Bintang Kesatria Mangku Negara iaitu atlet beregu campuran badminton negara, Goh Liu Ying serta atlet beregu badminton negara iaitu Pearly Tan Koong Le dan M. Tinaah.
Atlet para powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin turut menerima Bintang Kesatria Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong. – KOSMO! ONLINE














