fbpx
Hishamuddin (kanan) bercakap pada sidang akhbar isu pemerdagangan manusia di Myanmar dan Kemboja di Megan Avenue, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

Pusat sindiket scammer mula bertapak di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pusat sindiket scammer yang selama ini aktif di Thailand, Kemboja, Laos dan Myanmar dikesan telah beralih ke Malaysia.

Setiausaha Agung Malaysia International Humaitarian Organisastion (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, peralihan operasi itu dipercayai susulan kawalan yang semakin ketat sedang berlaku di negara-negara berkenaan.

Katanya, kegiatan haram di negara ini didalangi warga China di dua lokasi tersorok sejak enam bulan yang lalu.

“Kami ada maklumat bahawa aktiviti ‘scammer’ ini sedang aktif berlaku di negara kita tetapi kami tidak boleh mendedahkan lokasi. Sebaliknya, semua maklumat yang kami terima akan diberikan kepada pihak polis.

“Selama ini MHO berhabis-habisan membantu selamatkan mangsa di Myanmar dan Kemboja, tapi agak memalukan apabila Malaysia pula yang jadi tempat utama sindiket scammer ini.

“Sebelum orang lain bongkarkan, baik kita yang tolong bongkarkan sendiri supaya jenayah ini tidak berleluasa di negara kita,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Menurutnya, sindiket terbabit semakin berleluasa kerana anak-anak muda kini lebih mempercayai kata-kata rakan sendiri yang menawarkan pekerjaan palsu berbanding fakta dan maklumat yang diberikan pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN