fbpx

[VIDEO] Puteri Sarah berjaya bantah injunksi, bebas cakap kepada media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akberdin dan Puteri Sarah ketika ditemui pemberita selepas prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendapat kebebasan untuk terus memberikan kenyataan kepada pihak media apabila permohonan membantah injunksi dibuat suaminya, Syamsul Yusof diluluskan Mahkamah Tinggi Syariah, hari ini.

Puteri Sarah selaku pemohon membuat bantahan itu menerusi peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Menurut Akberdin, injunksi itu dibuat untuk mencegah anak guamnya daripada membuat sebarang kenyataan terhadap mana-mana pihak atau platform media.

Katanya, difahamkan pihak peguam Syamsul membuat permohonan injunksi tersebut sebanyak dua kali iaitu pada 24 dan 25 April lalu dan ia berkuat kuasa pada 27 April sehingga 27 Mei ini.

“Hari ini, permohonan anak guam saya untuk membantah lanjutan injunksi Syamsul telah diluluskan hakim.

“Justeru pihak Shamsul perlu membuat permohonan injunksi itu semula,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.

Prosiding hari ini berlangsung di hadapan Hakim Abdul Halim Abdullah dengan Syamsul dan peguamnya diberikan kelonggaran untuk tidak hadir pada prosiding tersebut.

Menjelaskan lebih lanjut, Akberdin memaklumkan pihak peguam Syamsul ada membuat permohonan secara lisan kepada pihak mahkamah sebelum ini bagi melanjutkan injunksi tersebut, namun pihaknya membuat bantahan.

Tegas beliau, sebutan semula kes ini ditetapkan pada 8 Jun depan.

Sementara itu, Puteri Sarah ketika ditemui pemberita memaklumkan kali terakhir dirinya membuat video mengulas isu membabitkan dirinya dan Syamsul adalah pada akhir Ramadhan lalu.

Menurutnya, dia tidak mahu lagi isu ini membelenggu dirinya dan mahu fokus terhadap karier semula.

“Saya nak ke lokasi penggambaran drama Hijrah Jannah sebab ada babak yang membabitkan saya.

“Penggambaran babak itu sebentar sahaja kerana selepas itu saya perlu menghadiri Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini untuk kes penceraian saya,” ujarnya.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI