fbpx

Polis tahan remaja lacur kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menemui empat remaja bawah umur berusia antara 14 hingga 19 tahun terlibat dalam aktiviti seks berkumpulan bersama suspek di hotel berkenaan. – Sanook

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand memberkas seorang remaja lelaki berusia 17 tahun kerana terlibat dalam sindiket pelacuran kanak-kanak di pusat bandar Bangkok, lapor laman berita Thaiger semalam.

Suspek didakwa mengumpan budak lelaki dan perempuan untuk menawarkan khidmat seks secara berkumpulan. 

Sepasukan anggota polis berjaya memberkas suspek di sebuah hotel di daerah Phranakorn, Bangkok, bersama  tiga individu lelaki yang lain.

Polis menerima maklumat bahawa suspek menawarkan khidmat pelacuran kanak-kanak bawah umur secara rahsia. Ia melibatkan remaja berumur bawah 18 tahun di hotel berkenaan. 

Pemberi maklumat berkenaan berpura-pura mahu melanggan khidmat tersebut yang ditempah menerusi laman Facebook. Mereka mencapai persetujuan untuk membayar 700 baht (RM92) untuk setiap orang selain bayaran tambahan 1,500 baht (RM197.50) untuk mengatur remaja-remaja yang memberi khidmat berkenaan.

Ketika tiba di hotel berkenaan dengan diiringi beberapa pegawai polis yang memantau kawasan tersebut, mereka mendapati terdapat empat remaja bawah umur berusia antara 14 hingga 19 tahun terlibat dalam aktiviti seks berkumpulan bersama suspek.

Kesemua mereka kemudian ditahan untuk disoal siasat. 

Suspek didapati pernah berhadapan dengan beberapa dakwaan pemerdagangan manusia pada masa lalu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI