fbpx

Hukuman mati terhadap pesalah meningkat di seluruh dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunjuk perasaan menentang pelaksanaan hukuman mati dalam satu demonstrasi di New York pada Disember tahun lalu. - AFP

WASHINGTON – Bilangan pelaksanaan hukuman mati di peringkat global pada tahun lepas mencatatkan angka tertinggi dalam tempoh lima tahun dengan beberapa negara Asia Barat meningkatkan penguatkuasaan hukuman tersebut, kata pertubuhan hak-hak asasi manusia, Amnesty International seperti dilaporkan Badan Penyiaran British (BBC) kelmarin.

Sejumlah 883 pesalah di 20 buah negara telah dijatuhi hukuman mati, meningkat sebanyak 53 peratus berbanding 2021, demikian menurut kajian tahunan kumpulan tersebut.

Iran, Arab Saudi dan Mesir menguatkuasakan 90 peratus daripada bilangan itu, namun peratusan tersebut tidak termasuk China yang dianggap melaksanakan beribu-ribu hukuman mati setiap tahun.

Data mengenai hukuman mati diklasifikasikan sebagai sulit di China, yang mana Amnesty International menyatakan tindakan sedemikian menjejaskan keupayaannya untuk membuat penilaian tepat mengenai jumlah individu yang dihukum mati di negara itu.

Pertubuhan itu juga mengesahkan bahawa hukuman mati dilaksanakan di Korea Utara, Vietnam, Syria dan Afghanistan tetapi maklumat yang ada tidak mencukupi untuk memberikan angka minimum yang boleh dipercayai.

Menurut laporan serupa, Iran adalah yang paling banyak melaksanakan hukuman mati terhadap 576 orang pada tahun lepas iaitu meningkat daripada 314 orang pada 2021. 

Daripada itu, seramai 279 orang disabitkan dengan kesalahan membunuh, 255 kesalahan berkaitan dadah, 21 kes rogol dan 18 tuduhan tentang keselamatan negara.

Kes terakhir termasuk dua lelaki yang ditahan selepas tercetusnya protes antikerajaan di Iran pada September tahun lalu. 

Sementara itu, di Arab Saudi, hukuman mati meningkat tiga kali ganda daripada 65 orang pada 2021 kepada 196 pesalah pada 2022 iaitu jumlah tertinggi yang dicatatkan oleh Amnesty International di negara itu dalam tempoh 30 tahun.

Seramai 85 orang dihukum mati selepas disabitkan dengan kesalahan berkaitan keganasan manakala 57 lagi akibat kesalahan berkaitan dadah pada tahun lalu, demikian menurut laporan itu. 

Pada Mac 2022, pihak berkuasa Arab Saudi melaksanakan hukuman mati beramai-ramai terhadap 81 individu dalam masa satu hari kerana terbabit dalam kegiatan keganasan antarabangsa.

Selain itu, data Amnesty International turut melaporkan bahawa 24 hukuman mati dilaksanakan di Mesir, 18 di Amerika Syarikat (AS), 11 di Singapura dan Iraq, Kuwait dengan tujuh hukuman mati, Somalia sebanyak enam hukuman dan Sudan Selatan sebanyak lima hukuman mati.

Setiausaha Agung pertubuhan tersebut, Agnes Callamard menuduh negara-negara Asia Barat melanggar undang-undang antarabangsa dan tidak mengambil berat mengenai kehidupan manusia.

“Sudah tiba masanya untuk kerajaan dan PBB meningkatkan tekanan terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap pencabulan hak-hak asasi manusia secara terang-terangan ini dan memastikan perlindungan antarabangsa dilaksanakan,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI