fbpx
Anggota polis membawa tertuduh untuk didakwa atas dua pertuduhan merogol adik kandungnya di Mahkamah Sesyen Pasir Mas hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Duda ‘noda’ adik kandung dipenjara 18 tahun, 20 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Perbuatan keji seorang duda yang merogol adiknya sejak mangsa berusia 13 tahun berbalas apabila Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 20 sebatan.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Zulkpli Abdullah selepas tertuduh yang berusia 29 tahun mengaku bersalah atas dua pertuduhan tersebut.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, lelaki itu yang merupakan penganggur didakwa merogol adik kandungnya ketika mangsa berusia 13 tahun dan 13 tahun lima bulan apabila perhubungan tersebut tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat dan kebiasaan yang terpakai untuk berkahwin dengannya.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Tanah Merah dekat sini kira-kira pukul 10 pagi pada Disember 2025 dan 12.45 tengah malam pada 4 Mei 2026.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dan pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na’ilah Harizan manakala lelaki tersebut tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan hukuman penjara 18 tahun dan 20 sebatan selain memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling sepanjang tempoh hukuman penjara dan pengawasan pihak polis selama dua tahun selepas dibebaskan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN